16 June 2010

pesanan untuk adik2..

adik2 yang bakal berjuang di UKM nanti,ingat..fakta mentah kita boleh jadikan negatif dan positif..teliti usul betul2,baru cari fakta kes..fahamkan fakta kes betul2..pastikan fakta ada kaitan dengan usul dan hujah yang anda bawa.jangan menggelabah kalau dapat usul ekonomi atau politik atau apa2 sahaja usul yang anda tak faham.relaks dan fikir dengan tenang.teamwork sangat penting.ingat dan pegang benda ni sampai bila2..

andika,you are the leader untuk UKM nihh and will be the next leader tahun depan,kan..walaupun UKM ialah penampilan sulung anda,tapi kami (senior2) yakin dengan kemampuan anda.timba pengalaman kat UKM,pastikan banyak improvement lepas balik daripada UKM dan jangan sia2kan ilmu dan pengalaman yang anda dapat kat sana.buat yang terbaik.all the best,k..:)

syamimi,walaupun hanya anda sahaja yang telah mempunyai pengalaman (penampilan sulung di UIA 2010),pastikan anda melonjak di UKM.kalau dekat UIA anda mendapat ranking 38,kali ini kami yakin dan percaya anda akan melakar prestasi yang lebih baik di UKM sebab dah terlalu banyak benda yang anda telah pelajari daripada tournament lepas dan ilmu2 yang telah diajar oleh senior2 kami kira sudah cukup untuk melonjakkan prestasi anda.bantu pasukan.jangan rasa pressure walaupun hanya anda seorang sahaja yang sudah ada pengalaman bertanding.push otak untuk berfikir masa kuarantin. anda seorang yang sangat berbakat dan kami percaya akan kebolehan anda..

afiqah,minta maaf sangat2 kerana kami (senior2),membuat keputusan yang agak gila mendesak anda untuk menukar posisi daripada pendebat kedua kepada pendebat pertama.jangan risau,yakin dengan diri anda yang anda boleh lakukan yang terbaik.kalau kami boleh yakin untuk membuat keputusan drastik ini,mengapa tidak anda yakin dengan diri anda kan?ingat,bina kes yang matang.jangan bina kes budak2 sekolah lagi (bak kate dauz laa:))tapi,dalam membina kes yang matang,jangan terlupa benda yang simple2.bermakna,jangan terlalu mengharap dan mengejar sesuatu yang extravaganza,tapi benda2 asas dan mudah anda tinggalkan.jangan macam tu,ok..

farah,tolonglah farah:)..ekspresikan perasaan anda dalam hujah anda.jadi jahat sket-haha-mantapkan bidasan.ingat ni selalu..jangan pendam idea bidasan sorang2.kongsi dengan teammates lain.aktif izin laluan.tolong mimi dengan peqa kalau kene buat kes atas meja.good luck,we know u can do ur best:)

TEAM UKM..PEGANG 4 BENDA NI SEPANJANG ANDA SEMUA BERSIDANG:-
1.AKTIF IZIN LALUAN
2.PELBAGAIKAN BIDASAN
3.TEAMWORK
4.DOA SETIAP KALI NAK MULA SIDANG DAN SELEPAS SIDANG

kami ucapkan selamat berjaya buat adik2:)

A.D.A.M

p/s:semangat k.sabi akan sentiasa berada dengan anda semua:))

1 komentar pembaca:

Putera Afzal

betol tu sabi,semangat A.D.A.M akan berada bersama anda semua..gudluck.
sayang kowg sumer...