10 June 2010

Turki dan Kesatuan Eropah

apabila bercerita tentang Turki dan Kesatuan Eropah, perlu untuk kita meneliti pemahaman berkenaan kedua-dua buah negara ini. Turki merupakan sebuah negara Islam sekular yang berusaha untuk menyertai Kesatuan Eropah kerana ingin mengecapi kemodenan sama seperti negara-negara dalam Kesatuan Eropah sendiri. Kesatuan Eropah pula mempunyai pegangan di mana mereka memperjuangkan hak asasi manusia dan negara-negara di bawah Kesatuan Eropah mestilah menjaga hak-hak asasi dan ketenteraman manusia.

Apakah sebenarnya Turki :

  1. negara tinggalan Empayar Islam Uthmaniah
  2. terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia
  3. Perdana Menteri Turki sekarang : Recep Tayyip Erdogen
Kisah Turki mahu menyertai Kesatuan Eropah ini sebenarnya telah bermula lebih 50 tahun lepas. ketika itu Turki mempunyai keinginan yang kuat kerana mereka mahu negara mereka setanding dengan negara-negara Eropah lain dalam aspek kemajuan sosial dan ekonomi. Turki pada asalnya merupakan sebuah negara Islam dan sehingga kini pun ia masih lagi negara Islam dengan majoriti 70 juta rakyatnya beragama Islam. namun disebabkan keinginan Turki ingin menyertai Kesatuan Eropah. pelbagai agenda telah mereka lakukan iaitu :

  1. memulihkan sistem demokrasi di negara Turki sejak ia mula menjadi negara republik pada 1923
  2. mengamalkan sistem pilihanraya yang telus demi menjaga kesamarataan hak asasi penduduk sehingga sebuah parti fahaman Islam sepenuhnya iaitu Parti Islam Refah memenangi pilihanraya pada 1992 dan telahpun dibubarkan oleh tentera
  3. pelaksanaan Islam secara sekular di bawah pemerhatian tentera untuk membuka mata Kesatuan Eropah terhadap kegigihan Truki menyertai Eropah
  4. pelaksanaan urbanisasi yang memandang ke Barat di mana negara-negara Barat dijadikan contoh untuk urbanisasi di negara Turki
  5. menyokong segala kempen ketenteraan yang pernah di jalankan oleh negara-negara Barat sebelum ini termasuklah menyertai latihan udara bersama pakatan Zionis Israel
  6. memperjuangkan Islam sekular dan segala pembangunan yang pro-Islam sepenuhnya akan dikecam
sebab-sebab Eropah perlu menerima Turki :

  1. perkembangan pesat di Turki : ketika Perang Dunia kedua kebanyakan kampung-kampung kecil pantas menjadi bandar-bandar maju
  2. pengisytiharan Kamal Atartuk bahawa Turki adalah sebuah negara "westernised" di mana mengamalkan cara kehidupan Barat
  3. kelahiran pelbagai parti politik yang diterima dalam memastikan keutuhan sistem demokrasi di Turki dan melengkapkan syarat-syarat Turki untuk menyertai EU
  4. menjadi syurga pelancongan yang bakal membangunkan ekonomi Turki yang secara tidak langsung memberikan pulangan yang tinggi kepada EU dalam industri tersebut
situasi penerimaan negara-negara EU :

  1. wujud krisis antara Turki dengan Greek kerana berebutkan Kepulauan Cyprus. Tentera Turki pernah mendarat di Kepualaun tersebut yang pada ketika itu telah pun diteroka oleh Greek iaitu pada 1974. Turki meguasai bahagian utara dan Greek menguasai bahagian selatan
  2. Negara-negara Eropah masih melihat Turki sebagai sebahagian dari negara Islam
  3. presiden Perancis, Nicholas Sarkozy membuat kenyataan bahawa Turki tidak bersama Eropah secara fizikal
kronologi permohonan Turki untuk menyertai EU :

  1. seorang ahli media bebas Turki menjelaskan bahawa keinginan Turki menyertai EU telah bermula sejak abad ke-13 dan berlanjutan sehingga abad ke-16 setelah penguasaan Kerajaan Uthmaniah terhadap beberapa negara Eropah seperti Poland dan Teluk Parsi
  2. Perdana Menteri Turki pada 1959, Adnan Menderes mengumumkan keinginan Turki untuk menyertai European Community; sekarang EU tetapi pihak EC tidak bersetuju
  3. satu perjanjian dimeterai pada 1963 untuk membolehkan Turki memohon menyertai EU
  4. hanya pada 1999 Turki menjadi calon rasmi untuk menyertai EU dan pelbagai rundingan telah dilakukan sehingga 2005
  5. sehingga kini Turki masih lagi belum diterima oleh EU
situasi semasa EU dan Turki :

  1. Turki semakin menjauhi negara-negara Barat dan mula beralih untuk memberikan sokongan penuh terhadap negara Islam
  2. Islam diamalkan sedikit demi sedikit sejak pemerintahan Erdogen yang sememangnya pro Islam walaupun masih lagi memperjuangkan fahaman sekular
  3. Turki telah menghentikan latihan ketenteraan udara bersama Israel
  4. Presiden Turki menjadi orang pertama mengucapkan tahniah kepada Mahmoud Ahmadinejad; Presiden Iran diatas kesungguhan dalam membincangkan isu nuklear US dan Israel yang pasti menganggu-gugat keamanan dunia
berdasarkan keadaan-keadaan yang telah diterangkan, sebenarnya usaha Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah telah lama bermula. namun ia masih lagi tidak kesampaian mungkin kerana imej Turki yang masih dimonopoli oleh majoriti penduduk Islam. dan jika dilihat pada hari ini sebenarnya Turki sudah penat meminta-minta dari EU.

sumber : Utusan Malaysia 16 Ogos 2009

0 komentar pembaca: